Kes tikam pelajar sekolah: Mangsa akan disemadikan hari ini

Kes tikam pelajar sekolah: Mangsa akan disemadikan hari ini

news@nst.com.my

Kuala Lumpur: Mendiang Yap Shing Xuen, 16, yang dibunuh dalam insiden tikaman di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, akan disemadikan hari ini di Krematorium Nirvana, Shah Alam.

Upacara penghormatan terakhirnya yang diadakan selama tiga hari sudah berakhir malam tadi.

Yap dibunuh di tandas sekolahnya pada 14 Oktober lalu.

Dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam serangan itu turut ditemui di lokasi kejadian.

Berikutan kejadian itu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dipetik berkata, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sebelum ini, pada sidang media ketika upacara penghormatan terakhir anak perempuannya pada Khamis lalu, ibu mangsa, Wong Lee Ping berkata, anak perempuannya mengalami kira-kira 200 kesan tikaman.

Dia menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu atau khabar angin mengenai kes itu.

Wong berkata, keluarganya amat terkesan dengan tragedi berkenaan dan merayu agar diberikan ruang peribadi ketika mereka meratapi kehilangan anak bongsu daripada dua beradik itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top