Kesan COVID-19 tingkatkan bunuh diri di Jepun, terutama golongan wanita

Jepun: Jumlah bunuh diri di Jepun meningkat pada bulan Oktober bagi bulan keempat berturut-turut kepada tahap tertinggi dalam tempoh lebih daripada lima tahun. Berdasarkan data yang ditunjukkan pada hari selasa (semalam), seorang aktivis telah menpersalahkan kesan ekonomi akibat COVID-19 sebagai faktor yang mana kesan khususnya adalah kepada para wanita.

Menurut data awal pihak polis, jumlah bilangan bunuh diri untuk bulan Oktober adalah sebanyak 2,153 yang mana peningkatannnya lebih daripada 300 berbanding bulan sebelumnya dan ia juga merupakan jumlah bulanan tertinggi sejak Mei 2015.

Daripada kes Oktober, 851 daripadanya adalah wanita, meningkat sebanyak 82.6% berbanding bulan yang sama pada tahun 2019. Tetapi, jumlah bunuh diri lelaki hanya meningkat 21.3%.

“Kes bunuh diri terus menurun sehingga bulan Julai 2020 tetapi kesan ekonomi akibat wabak COVID-19 itu telah meningkatkan semula bilangannya”, kata aktivis tersebut.

Wanita yang lebih cenderung untuk bekerja sebagai status kerja tidak tetap dalam industri runcit atau perkhidmatan telah dipengaruhi dengan kehilangan pekerjaan.

Selama berabad di Jepun, bunuh diri telah menjadi satu jalan untuk mengelakkan rasa malu atau penghinaan.

Sudah banyak tahun, Jepun tersekat dalam mendapatkan bantuan psikologi dan mempunyai perbezaan rendah dalam kadar bunuh diri tertinggi antara negara-negara G7.

Tetapi ketika bunuh diri mencapai puncak sebanyak 34, 427 pada tahun 2003, para pengubal dasar telah mengadakan program pencegahan komprehensif yang dilancarkan pada tahun 2007.

Melalui usaha gabungan kerajaaan dan korporat yang mengenal pasti kumpulan berisiko, mengatasi lebihan masa dan mempermudah khidmat kaunseling, bunuh diri telah menurun kepada hanya lebih kurang 20,000 tahun lepas.

Sumber: The Star

Akmal Hakim
Malay Desk