Ketua Pemuda PAS Kelantan beri surat terbuka, tegur Khairul Aming beli tiket Coldplay

Ketua Pemuda PAS Kelantan beri surat terbuka, tegur Khairul Aming beli tiket Coldplay

Kejayaan influencer, Khairul Aming mendapat tiket konsert Coldplay tempoh hari sememangnya membuat ‘iri’ ramai peminat band dari British itu.

Namun begitu, bukan semua pihak teruja dengan kehadiran Coldplay pada November depan apabila sesetengah pihak dari parti politik telah membantah kehadiran tersebut sehingga secara terang-terangan menentang penganjuran konsert itu.

Salah seorang daripada ialah Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed yang melayangkan surat terbuka kepada influencer terbabit sebagai satu luahan kekecewaan kerana beranggapan Khairul Aming mempromosikan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT).

Ujarnya, dia berasa sangat sedih dan terguris hati apabila membaca posting yang dibuat Khairul Aming berkenaan konsert Coldplay.

Menurut Mohamad Kamal lagi,  Khairul Aming tidak sepatutnya menjadi antara penyumbang kepada sebaran budaya kurang sihat kepada anak muda.

Di akhir surat terbuka tersebut, dia mendoakan agar influencer yang juga merupakan usahawan itu dapat memperbetulkan khilafnya kerana kesan daripada membuat paparan membeli tiket konsert Coldplay begitu besar dan tidak terjangkau kepada anak muda negara.

Perkongsian yang dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Walaupun ada yang menyokong tindakan ahli politik tersebut, namun kebanyakkannya berasa ‘pelik’ dengan sikapnya.

Kebanyakan mereka berasa kurang senang dengan tindakan menulis surat kepada influencer itu seperti dia membuat kesalahan besar apabila membeli tiket konsert yang dijual.

Lebih membuatkan ramai pelik adalah tuduhan Khairul Aming menyokong gerakan tidak bermoral hanya kerana berkongsi kejayaan membeli tiket konsert sahaja.

 

Sumber: Facebook Mohamad Kamal Mohamed, Twitter @Iqtodabal