Khairulnizam belum mahu mengalah buru slot Olimpik

Khairulnizam belum mahu mengalah buru slot Olimpik

Kurang empat mata untuk Kharulnizam melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris. Foto FB Khairulnizam Mohd Afendy

PELAYAR berpengalaman negara, Khairulnizam Mohd Afendy belum mahu mengibar bendera putih dalam misi memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang berbaki 176 hari lagi.

Biarpun terlepas peluang untuk meraih tiket buat kali keempat dalam satu kejohanan di Australia pada Rabu, namun pemenang dua pingat perak Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dan Incehon 2014 enggan mengalah.

Khairulnizam menamatkan saingan Kejohanan Dunia ILCA 7 Adelaide 2024 di tempat ke-33 dari 152 pelayar.

Berkongsi rasa di media sosial, biarpun tanpa bantuan Majlis Sukan Negara (MSN) atau Persatuan Pelayaran Kebangsaan, ia tetap menyuntik semangatnya untuk terus gigih berusaha berada dalam senarai kontinjen negara ke temasya terbesar dunia itu.

Scroll to Top