Kita bincang semula peruntukan KBS minggu depan – Anwar

Kita bincang semula peruntukan KBS minggu depan – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertimbangkan permohonan  Hannah Yeoh untuk mengekalkan peruntukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam belanjawan akan datang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan, perkara itu akan diberi perhatian pegawai-pegawai Kementerian Kewangan (MOF) sebelum sidang Parlimen akan datang.

“Nanti saya akan bincang dengan Menteri Kewangan, saya datang hari ini sebagai Perdana Menteri.

“Pegawai-pegawai Kementerian Kewangan akan mengadakan perbincangan minggu depan,” katanya kepada pemberita di Bukit Jalil hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Terdahulu Anwar menyempurnakan Majlis Anugerah Sukan Negara 2021 di Majlis Sukan Negara (MSN).

Sebelum ini, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan bajet operasi sementara bernilai RM107.7 bilion pada 20 Disember tahun lalu.

Bajet mini dibentangkan Perdana Menteri yang juga menteri kewangan itu diluluskan melalui undian suara selepas bacaan kedua dan ketiga.

Anwar juga dijangka membentangkan semula Bajet 2023 dalam sidang Dewan Rakyat pada Februari ini. – MalaysiaGazette