PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp hairan apabila pasukannya tidak mendapat penalti ketika bola terkena tangan Martin Odegaard pada separuh masa pertama dalam keputusan seri 1-1 dengan Arsenal di Anfield.
VAR memutuskan pengadil Chris Kavanagh melakukan keputusan tepat apabila tidak menghukum kapten The Gunners itu selepas bola daripada gerakan Salah terkena tangan pemain itu.
“Situasi penalti adalah situasi yang pelik, saya tidak tahu sama ada pengadil dapat melihatnya, tetapi anda melihatnya dan saya tidak pasti bagaimana anda boleh mengatakan ia bukan penalti.
“Saya tidak melihatnya dalam permainan, saya melihatnya selepas itu dan saya fikir kita semua bersetuju ia adalah bola terkena tangan.
