Kongsi ucapan Hari Bapa buat arwah suami, peminat tak bagi BCL kahwin lagi

Sempena sambutan Hari Bapa di seluruh semalam, ramai selebriti berkongsi ucapan untuk suami serta bapa mereka termasuklah penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL).

Biarpun sedang menjalani kuarantin setelah disahkan positif COVID-19, BCL sempat menitipkan ucapan buat arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.

“Happy Father’s day. Terima kasih telah memberikan banyak sekali tawa dan kebahagian untuk Noah… Terima kasih telah mengajarkan Noah tentang kehidupan.
“Terima kasih telah mengajarkan Noah untuk mencintai dirinya, memaafkan dirinya sendiri bila salah, dan belajar dari kesalahan itu.
“Thank you for teaching him how to be a man.. U will forever be Noah’s hero,” coretnya bersama sebuah video Ashraf sedang bermain bersama anak mereka, Noah.

Dalam ucapan tersebut, BCL mengucapkan terima kasih kepada arwah suaminya yang berjaya menjadi seorang bapa dan contoh yang baik buat anak mereka.

Perkongsian BCL itu dibanjiri dengan doa dari para peminat serta beberapa ucapan berbaur sebak yang mengenang pemergian arwah.

Bukan itu sahaja, ada juga yang meminta BCL supaya tidak berkahwin lagi selepas pemergian Ashraf.

Bunga berkahwin dengan Ashraf Sinclair, pada 8 November 2008. Pasangan itu mempunyai anak pertama mereka pada pertengahan September bernama Noah Sinclair.

Ashraf meninggal dunia pada 18 Febuari 2020 akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Sumber: Instagram BCL