
Dunia sedang berdepan krisis tenaga terbesar berbanding sebelum ini dan pasaran berkemungkinan akan membuat perubahan drastik berikutan situasi yang meruncing. – Foto Agensi
BERLIN – Dunia sedang berdepan krisis tenaga terbesar berbanding sebelum ini dan pasaran berkemungkinan akan membuat perubahan drastik berikutan situasi yang meruncing.
Ketua Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Fatih Birol berkata demikian pada persidangan iklim di Berlin pada Rabu, lapor agensi berita Jerman dpa.
Birol bercakap pada Dialog Iklim Petersberg, menyatakan bahawa terdapat tindak balas strategik selepas krisis minyak pada tahun 1970-an, yang mengakibatkan penggunaan bahan api sebanyak 20 liter bagi setiap 100 kilometer dikurangkan separuh.
Satu lagi reaksi pada masa itu ialah pengembangan kuasa nuklear, katanya.
Birol berkata, orang ramai kini lebih bersedia untuk membuat perubahan berbanding 50 tahun lepas kerana teknologi yang diperlukan seperti tenaga boleh diperbaharui dan kenderaan elektrik kini tersedia.- Bernama-dpa



