Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli berkata seandainya dia dapat kembali berbaik dengan bekas majikannya, Datuk Seri Vida dia mahu membuang bulu mata usahawan itu.
Menerusi satu hantaran di Threads, Iqbal turut berseloroh mengatakan dia melihat bulu mata Vida sepanjang 3 inci ketika menghadiri rumah terbuka Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini,
BACA: “Saya Simpan Benih Di Hospital Tapi Tak Jadi Kahwin” – DSV Sukar Maafkan Iqbal

“Kalau saya dengan Dato Seri Vida berbaik kembali, perkara pertama saya mahu buat adalah buang bulu mata dia. Saya tengok macam tiga inci juga masa di rumah Dato’ Seri Aliff Syukri hari tu,” katanya.

Sementara itu, Iqbal berkata dia mahu mengembalikan penampilan Vida sama seperti ketika dia menjadi pembantu peribadinya yang dilihat lebih minimal namun tetap mewah.

“Ini pun saya pilih semuanya. Rasanya pakaian ringkas begini sesekali pun cukup mewah dan nampak lebih bagus kan? Make up juga menimal. Jarang nampak Dato Seri Vida tanpa bulu mata panjang kan?” tulisnya.




