Lagu Amarra dipuji lebih baik berbanding karya seberang – “Dah boleh stop dengar Rollerblade”

Lagu Amarra dipuji lebih baik berbanding karya seberang – “Dah boleh stop dengar Rollerblade”

Lagu baharu nyanyian penyanyi Amarra atau Amarra Sofea Rose terus mencetuskan perhatian apabila semakin ramai netizen tampil menyuarakan sokongan di media sosial, malah ada yang berpendapat karya itu layak mendapat lebih banyak perhatian berbanding lagu Rollerblade.

Lebih baik daripada lagu seberang

Perbualan mengenai lagu tersebut mula hangat selepas satu tangkap layar memaparkan komen seorang pengguna TikTok tular di media sosial. Dalam komen itu, pengguna berkenaan secara terbuka mengajak orang ramai memberi peluang kepada lagu berjudul Slay itu.

“Boleh dah stop lagu Rollerblade korang… lagu ni lagi better daripada lagu tu.. lets hitz kan lagu ni😁,” tulis individu berkenaan.

Komen itu menerima ratusan tanda suka dan mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna lain yang turut bersetuju agar lagu berkenaan diberi sokongan lebih meluas.

Ramai berpendapat lagu baharu AMARRA memiliki melodi yang mudah melekat di ingatan, selain menampilkan identiti tersendiri yang membuatkan mereka tidak jemu mendengarnya berulang kali.

Dengan sokongan yang semakin meningkat daripada netizen, lagu baharu AMARRA dilihat berpotensi menjadi antara karya tempatan yang mampu mencipta impak besar dalam kalangan pencinta muzik tanah air.

Terdahulu, penyanyi muda berbakat itu kembali mewarnai industri muzik tempatan menerusi single terbaharu berjudul Slay yang menggambarkan perjalanan, cabaran dan pengalaman yang dilalui sepanjang menyertai pertandingan realiti Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2).

Lagu ini dipercayai menjadi simbol kepada golongan muda supaya tidak mudah berputus asa dan terus percaya terhadap kemampuan diri dalam mengejar impian.

Lebih istimewa, lagu SLAY merupakan hasil ciptaan penyanyi dan komposer terkenal Mimi Fly selepas tertarik dengan persembahan penyanyi muda itu menerusi lagu “Angkat” di pentas TTMM2 dan kini secara rasmi bernaung di bawah ES ARJUNA MANAGEMENT SDN. BHD.

Artikel lain: AMARRA tampil dengan single baharu SLAY, simbol kekuatan selepas perjalanan TTMM2

Untuk info, lagu SLAY, kini boleh didengar menerusi pelbagai platform penstriman muzik seperti Spotify, YouTube Music dan Apple Music.

Sumber: TikTok netizen.fypmuzik

Scroll to Top