Lama tak jumpa, rasa sayang Farid Kamil terhadap Diana Danielle makin bertambah!

Lama tak jumpa, rasa sayang Farid Kamil terhadap Diana Danielle makin bertambah!

Pelakon Farid Kamil Zahari meluahkan rasa kasih sayangnya terhadap isteri, Diana Danielle yang juga seorang aktres semakin bertambah-tambah selepas sekian lama tidak berjumpa.

Farid ketika ditemui hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sekitar 2.38 petang tadi juga berharap agar dia dan isteri dapat kembali bersatu.

“Harapan masih saya seperti dahulu. Rasa sayang saya semakin bertambah-tambah.
“Harapnya hari ini dapatlah saya bertentang mata dengan isteri saya (Diana Danielle),”ujarnya sewaktu ditemui media di perkarangan mahkamah.

Hari ini, berlangsungnya prosiding sulh kedua selepas Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, tidak dapat hadirkan diri ke mahkamah yang berlangsung pada 11 April lalu.

Terdahulu, Diana memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Permohonan cerai itu difailkan atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan antara mereka berdua.

Farid bagaimananpun enggan melafazkan cerai dan pihak mahkamah telah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara anak kepada Diana yang membuat permohonan hadanah sebelum ini.

Sekadar info, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Sumber: TikTok @ohbulanofficial