Laporan 'Kami Harmoni di PPR' dinobat penerbitan terbaik

Laporan 'Kami Harmoni di PPR' dinobat penerbitan terbaik

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Wartawan Harian Metro, Mohd Alhafiz Ithnin dinobatkan sebagai pemenang kategori penerbitan artikel terbaik pada Anugerah Kecemerlangan Media Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), malam ini.

Menerusi laporan ‘Kami harmoni di Program Perumahan Rakyat (PPR)’, Mohd Hafiz membawa pulang wang tunai RM3,000, piala dan sijil penghargaan.

Anugerah disampaikan Menteri KPKT, Nga Kor Ming kepada Pengarang Berita Kanan Harian Metro, Noor Azam Ab Aziz.

Sementara itu, wartawan TV9 Izzatie Rizan memenangi kategori penyiaran televisyen terbaik, menerusi laporan koloborasi bersama Harian Metro bertajuk ‘Rumah Jadi Kedai’.

Beliau turut membawa pulang wang tunai RM3,000, piala dan sijil penghargaan.

Mohd Alhafiz berkata, artikel dihasilkan dengan objektif menangkis persepsi negatif masyarakat mengenai golongan yang menduduki rumah PPR.

“Laporan ini juga bersandarkan kewartawanan data supaya pembaca Harian Metro dapat membaca satu laporan berteraskan fakta meskipun kita melaporkan mengenai sentimen masyarakat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top