Laporan kes Zara Qairina julang nama wartawan Sinar Harian

Laporan kes Zara Qairina julang nama wartawan Sinar Harian
Laporan kes Zara Qairina julang nama wartawan Sinar Harian

Asyikin (dua dari kanan) menerima hadiah utama bagi kategori Anugerah Kewartawanan (Laporan Berita) Bahasa Melayu pada KPA 2026 yang berlangsung di Kota Kinabalu pada Sabtu.

KOTA KINABALU – Wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin mengharumkan nama organisasi apabila merangkul hadiah utama kategori Anugerah Kewartawanan (Rencana dan Rencana Berita) Bahasa Melayu pada Anugerah Wartawan Kinabalu (KPA) 2026 yang berlangsung di sini pada Sabtu.

Beliau membawa pulang wang tunai RM5,000 menerusi laporan bersiri bertajuk Kes Zara Qairina: Tuntutan Keadilan dan Gelombang Perubahan.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, diiringi Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Mariah Doksil.

Tidak terhenti di situ, Asyikin turut memenangi Anugerah Alam Sekitar menerusi laporan mengenai pembunuhan kejam gajah di Sabah yang melayakkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500.

Asyikin meraikan kejayaan selepas merangkul dua anugerah utama dan dua saguhati KPA 2026.

Asyikin meraikan kejayaan selepas merangkul dua anugerah utama dan dua saguhati KPA 2026.

Selain dua anugerah utama itu, beliau turut menerima dua hadiah saguhati bagi kategori Anugerah Laporan Berita (Bukan Rencana) menerusi laporan bersiri Tanah Runtuh Nabawan: Komuniti Terputus, Risiko Berulang dan Cabaran Infrastruktur Luar Bandar serta kategori Anugerah Kewartawanan Sukan menerusi laporan Sukan Tradisi Kembali Meriah di Pesta Kaamatan.

Bagi kedua-dua kategori berkenaan, beliau menerima hadiah wang tunai RM500 bagi setiap satu.

Kejayaan tersebut mencerminkan komitmen berterusan Asyikin dalam menghasilkan laporan yang berkualiti, berimpak dan dekat dengan isu-isu yang menyentuh kepentingan masyarakat.

Scroll to Top