Legakan Sakit Senggugut Dengan Cara Guna Bahan Dapur, Tak Perlu Makan Ubat Tahan Sakit – Hijabista

Legakan Sakit Senggugut Dengan Cara Guna Bahan Dapur, Tak Perlu Makan Ubat Tahan Sakit – Hijabista

Senggugut adalah keadaan sakit serta rasa tidak selesa di bahagian abdomen. Pengeluaran hormon yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ia menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat, tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.

Ketika mengalami senggugut, perut akan rasa kembung dan disertai dengan rasa sakit kepala bagi sesetengah wanita. Ada wanita yang mengalami kesakitan terlalu kuat sehingga mengganggu aktiviti seharian atau terpaksa berbaring sepanjang masa.

Photo by andrea-piacquadio from Pexels.

Berikut ada beberapa kaedah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugutfeatured yang teruk seperti yang dikongsikan oleh Sumaiyah Abdullah

PETUA HILANGKAN SENGGUGUT

Hanya mereka yang pernah mengalami ‘serangan’ senggugut yang tahu betapa azabnya untuk melepasi tempoh haid setiap bulan. Paling teruk sampai boleh muntah-muntah dan pengsan.

Berikut dikongsikan petua untuk meredakan sakit senggugut dan melawaskan pengeluaran darah haid.

Bahan-bahannya barang dari dapur sahaja:

8 batang serai dan diketuk-ketuk
1 ketul halia sebesar ibu jari
1 sudu besar habatussauda
1-2 sudu besar madu
4 gelas air

CARA MEMBUAT:

  1. Caranya mudah sahaja. Satukan kesemua bahan tadi kecuali madu ke dalam periuk. Kemudian rebus sehingga mendidih dengan api yang perlahan.

2. Tapis rebusan tadi dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan madu dan kacau rata. Sedia untuk diminum. Minum sekali sehari pada permulaan haid dan seeloknya pada waktu malam.

KHASIAT SERAI
Bersifat antiseptik, anti depresi, anti mikrobial, anti fungal serta astringen. Membantu memecahkan angin serta melancarkan darah haid.

KHASIAT HALIA
Bersifat antacid, antibakterial serta anti fungal. Terkenal dengan alternatif untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan angin dan toksin dalam badan.

KHASIAT HABATUSSAUDA
Bersifat antioksidan, anti depresi, anti bakterial, antiseptik, anti aging serta anti fungal. Berupaya untuk merawat masalah peranakan termasuk melancarkan pengeluaran darah haid.

Ia juga memelihara keseimbangan dan kekuatan sistem hormon serta melambatkan proses penuaan. Rasa rebusan teh serai ini sedikit pedas dan mint-mint. Amat berkesan untuk meredakan senggugut.

NOTA: Elakkan minum ais untuk kesan optimum.

Sumber kredit: Sumaiyah Abdullah via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.