Legenda bola sepak negara, Shaharuddin ‘The Black Cat’ meninggal dunia

Legenda bola sepak negara, Shaharuddin ‘The Black Cat’ meninggal dunia

Allahyarham Shaharuddin menyarung jersi Malaysia sekitar 1968 sehingga 1981. – Foto: Sumber internet

LEGENDA bola sepak negara Shaharuddin Abdullah, 75, disahkan meninggal dunia pada awal pagi Khamis.

Allahyarham yang terkenal dengan jolokan ‘The Black Cat’ dan ‘Sharpshooter’ meninggal dunia di Hospital Taiping, Perak pada jam 5.07 pagi Khamis.

Berita pemergian penjaring gol sulung Malaysia di Sukan Olimpik Munich, Jerman pada 1972 itu disahkan anaknya, Shahrina Shaharuddin.

Arwah dimasukkan ke hospital berkenaan pada Ahad lalu akibat lelah atau sesak nafas.