PARA ulama berselisih pandangan tentang hukum lelaki bersalaman dengan wanita yang sangat tua. -Foto: CANVA
BERSENTUHAN antara lelaki dan wanita ajnabi sahaja pun sudah dilarang, inikan pula mahu bersalaman dengan individu berlainan jantina.
Namun begitu, ada pandangan mengatakan tidak mengapa jika ia melibatkan orang tua yang sudah tidak lagi bernafsu.
Bagi meleraikan kekeliruan itu, pendakwah Ustaz Salman Maskuri atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Salman memberi penjelasan menerusi video yang disiarkan di akaun TikTok miliknya.
PU SALMAN
Jelas beliau, para ulama berselisih pandangan tentang hukum lelaki bersalaman dengan wanita yang sangat tua.
Ini kerana katanya, ada ulama yang mengharuskan kita berbuat demikian iaitu Mazhab Hanafi dan Maliki serta terdapat juga pandangan yang melarang.
āBagi Mazhab Syafie dan Maliki, (kedua-duanya) mengatakan haram (berbuat demikian) kerana Nabi Muhammad SAW tidak pernah menyentuh perempuan walaupun yang tua,ā katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikannya baru-baru ini.
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: āTidak, demi ALLAH. Tangan Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun menyentuh tangan wanita ketika berbaiāah.ā (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Mengulas lanjut, PU Salman menjelaskan, Nabi Muhammad SAW hanya berbaiāah dengan ucapan dan perkataan.
PENDAPAT yang paling kuat yang mana haram bersalaman atau menyentuh walaupun wanita itu sangat tua dan tidak bernafsu lagi, mengikut Mazhab Syafie dan Maliki. -Foto: CANVA
Tambahan pula terdapat hadis lain yang mana Baginda SAW bersabda: āKetahuilah jika kepada seseorang lelaki ditusuk besi tajam, maka itu lebih baik buat dirinya berbanding dia menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.ā (Hadis Riwayat At-Tabarani dan Al-Baihaqi)
āInilah pendapat yang paling kuat yang mana haram bersalaman atau menyentuh walaupun wanita itu sangat tua dan tidak bernafsu lagi, menurut Mazhab Maliki dan Syafie.
āJusteru, elakkanlah dan jauhkan (diri) daripada perbuatan yang haram ini,ā katanya.