Lelaki cederakan isteri sebab tak mahu berjimak, adik tampil ‘backup’

Lelaki cederakan isteri sebab tak mahu berjimak, adik tampil ‘backup’

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengugut bunuh dan mencederakan isterinya dengan bertindak menghantuk kepalanya ke hidung mangsa disebabkan tidak mahu melakukan hubungan intim.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh Syed Fakrulrazi Syed Abdul Rahman membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka semalam.

Foto: Kosmo! 

Susulan laporan itu, seorang wanita tampil mendakwa dia merupakan adik kepada lelaki berkenaan dengan memberikan kenyataan berhubung isteri tertuduh.

Wanita tersebut mendakwa, isteri tertuduh sudah ‘kantoi’ melakukan hubungan intim dengan empat orang lelaki lain yang menyebabkan abangnya bertindak sedemikian.

Malah, wanita berkenaan turut menyatakan mengenai balasan Allah SWT seolah-olah memberi gambaran bahawa abangnya dianiayai oleh isteri sendiri.

Wanita itu meninggalkan kenyataan berkenaan menerusi satu hantaran di laman Facebook Harian Metro yang melaporkan tentang insiden terbabit.

Terdahulu, lelaki berusia 41 tahun itu didakwa sengaja menyebabkan cedera parah terhadap isterinya Rabiatul Adawiyah Abu Hassan, 33, dengan cara menghantukkan kepalanya ke hidung mangsa.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang juga mekanik didakwa menakutkan isterinya secara jenayah dengan kata-kata ugutan akan membunuhnya.

Kedua-dua perbuatan terbabit berlaku di sebuah rumah di Taman Tanjung Minyak Perdana pada 12 Februari lalu kira-kira jam 10 pagi.

Sumber: Facebook Harian Metro (Meor Riduwan Meor Ahmad)