Lelaki dilaporkan hilang sejak 8 November lalu

Lelaki dilaporkan hilang sejak 8 November lalu

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Seorang lelaki dilaporkan hilang di Kondominium Indah Prima Damansara, di sini, sejak 8 November lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Muhammad Faiq Sitar, 33, berbangsa Bajau, semalam.

“Lelaki berkenaan dilaporkan kali terakhir dilihat di kawasan parkir kondominium berkenaan pada 11 malam, 8 November lalu.

“Lelaki itu berketinggian 173 sentimeter dengan berat 77 kilogram, berkulit putih dan berambut lebat paras kolar baju,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Shahrulnizam berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top