Lelaki meninggal dunia di puncak Bukit Gunong

Lelaki meninggal dunia di puncak Bukit Gunong

am@hmetro.com.my

Bachok: Lelaki meninggal dunia di puncak Bukit Gunong di sini, ketika melakukan aktiviti pendakian, hari ini.

Mohd Yusof Hamat, 41, ditemui tidak sedarkan diri sebaik tiba di puncak berketinggian 317 meter dari paras laut pada 8.45 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, operasi membawa turun mangsa diketuai Komander Operasi Ibrahim Mohd Ghani bersama enam anggota.

“Anggota bertugas membawa satu unit pengusung dan set tali wibing serta mengambil masa 20 minit untuk membawa turun mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan kejadian itu dan punca kematian dipercayai akibat serangan jantung.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top