Trending
Seorang lelaki maut dipukul selepas tunjuk kemaluan di Jasin Bestari, Melaka. Tujuh individu ditahan!
Satu insiden mengejutkan berlaku di Bandar Jasin Bestari, Melaka apabila seorang lelaki berusia 51 tahun maut selepas dipukul beramai-ramai akibat menunjukkan kemaluannya di tempat awam, pada Ahad lalu.
Menurut laporanĀ mStar, kejadian bermula di lot parkir sebuah pasar raya dan mangsa disedari melakukan perbuatan lucah oleh orang ramai.Ā
Keadaan menjadi tegang apabila dua individu terus menyerang lelaki itu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar.
Lelaki terjun sungai pun tak selamat

Mangsa cuba menyelamatkan diri dengan lari ke kedai berhampiran, namun terus dipukul dan akhirnya melarikan diri ke kawasan semak sebelum terjun ke sungai sejauh 200 meter.
Namun begitu, mangsa masih dikepung dan dipukul oleh orang awam, termasuk seorang pemandu lori tong gas yang menendang kepalanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, termasuk di bahagian kepala.
Tujuh individu sudah ditahan

Setakat ini, polis telah menahan tujuh individu, termasuk seorang warga Pakistan berusia antara 20-an hingga 50-an. Mereka terdiri daripada pelanggan, pekerja pasar raya serta orang awam yang berada di tempat kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pssttt! Walaupun marah dan kecewa dengan kelakuan tidak senonoh,Ā undang-undang tetap perlu diutamakan. Tindakan melulu boleh meragut nyawa dan akhirnya merosakkan masa depan sendiri. Biarlah pihak berkuasa yang ambil tindakan.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.