“Lepas Pukul 6 Kubur Tutup” – Wanita Dakwa Pernah Alami Nasib Sama, Jenazah Anak Tidak Dibenar Dikebumikan

“Lepas Pukul 6 Kubur Tutup” – Wanita Dakwa Pernah Alami Nasib Sama, Jenazah Anak Tidak Dibenar Dikebumikan

Trending

Ibu dakwa jenazah anak tidak dibenar dikebumikan selepas pukul 6 petang walaupun sudah tiba di tanah perkuburan.


Ketika isu jenazah lewat dikebumi sedang hangat diperkatakan, seorang wanita tampil berkongsi pengalaman pahit yang pernah dilaluinya sendiri.

Menerusi perkongsian di Threads, dia mendakwa pernah berdepan situasi hampir sama ketika urusan pengebumian arwah anak sulungnya yang meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.

Anak dibawa ke HTAR untuk bedah siasat

Menurut wanita ini, arwah anaknya terlebih dahulu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk urusan bedah siasat sekitar jam 9 pagi.

Katanya, proses bedah siasat itu selesai sekitar jam 2 petang sebelum jenazah diambil oleh pasukan UKVJ untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan oleh pasukan berkenaan bersama pelajar tahfiz Pertubuhan Nur Kasih.

Anak 1

Dia mendakwa jenazah anaknya bergerak dari Klang sekitar jam 5 petang dan dijangka tiba di tanah perkuburan sekitar jam 6.05 hingga 6.10 petang.

Anak 2

Menurutnya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana kerana mereka menetap di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, dia mendakwa pihak kubur memaklumkan selepas pukul 6 petang, urusan pengebumian tidak boleh dilakukan kerana kawasan kubur sudah ditutup.

Anak 3

Lebih menyedihkan, dia mendakwa jenazah anaknya sudah pun tiba di tepi kubur, namun penggali kubur memaklumkan pihak MPAJ tidak membenarkan urusan pengebumian diteruskan.

Menurutnya lagi, dia sampai terpaksa membayar lebih kepada penggali kubur supaya jenazah anaknya dapat dikebumikan juga.

Wanita itu turut mendakwa keadaan ketika itu amat menyedihkan apabila ahli keluarga serta rakan-rakan arwah anaknya sudah berada di tanah perkuburan dan menangis melihat situasi yang berlaku.

Anak 4

Dalam hantaran susulan, wanita itu turut menitipkan Al-Fatihah buat arwah anaknya yang dikenali sebagai Muhammad Anis bin Mohd Najib.

Pssttt! Apa pun, dakwaan ini wajar diberi perhatian oleh pihak berkaitan supaya penjelasan dapat diberikan dan prosedur pengurusan jenazah diperhalusi. Semoga keluarga arwah terus kuat dan semoga Allahyarham Muhammad Anis bin Mohd Najib ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kredit: Thread @nurulhuda.ruslan.3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top