PETALING JAYA: Kelantan FC tidak akan beraksi di saingan Liga Super musim 2024-2025 selepas gagal mendapatkan lesen kebangsaan.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata keputusan dibuat selepas kelab itu melengkapkan dua dokumen yang diperlukan untuk memohon lesen kebangsaan.
“Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) yang diadakan secara dalam talian pada 31 Disember 2023 selepas jam 6:00 petang telah membuat keputusan bahawa Kelantan FC gagal memperolehi Lesen Kebangsaan sekali gus menyaksikan mereka tidak layak bertanding dalam saingan Liga Super musim 2024-2025.
“Keputusan ini dibuat kerana Kelantan FC telah gagal untuk melengkapkan dua Kriteria Kewangan dibawah sub-kriteria F.04 (No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At June) dan sub-kriteria F.11 (No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At August) sebelum tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 30 November 2023 dan 31 Disember 2023,” katanya FIB dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan sama, difahamkan sehingga kini pemain-pemain Kelantan FC masih berdepan tunggakan gaji meskipun saingan Liga Malaysia musim 2023 telah berakhir.-UTUSAN




