”Lim Guan Eng Terima Beg Hitam Berisi RM1 Juta Sambil Tersenyum” – Saksi | Trending – Oh! Media

”Lim Guan Eng Terima Beg Hitam Berisi RM1 Juta Sambil Tersenyum” – Saksi | Trending – Oh! Media

Trending

Saksi dakwa Lim Guan Eng terima beg hitam berisi RM1 juta sambil tersenyum dalam kes projek terowong dasar laut RM6.3 bilion.


Mahkamah Sesyen hari ini dikejutkan dengan keterangan saksi ke-37, G Gnanaraja yang mendakwa melihat Lim Guan Eng menerima beg hitam berisi wang tunai RM1 juta pada Ogos 2017.

Menurut laporan Harian Metro, ahli perniagaan itu berkata yang beliau sendiri menyerahkan beg berkenaan kepada Guan Eng ketika pertemuan sulit bersama Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang merupakan bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB).

Lim Guan Eng menyambut beg dengan tangan kanan sambil tersenyum, sebelum meletakkannya di atas riba ketika masuk ke dalam kereta.

Lim Guan Eng terima dua beg hitam berisi duit

Lim Guan Eng

Gnanaraja turut menjelaskan bahawa beliau menerima dua beg hitam berisi RM1 juta setiap satu daripada Zarul Ahmad di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 18 Ogos 2017.

Satu daripadanya diserahkan kepada Guan Eng ketika pertemuan di Publika, manakala satu lagi diberi ketika perbincangan di kediamannya pada 29 Ogos 2017 sekitar jam 2 pagi.

Selepas mengambil beg, Guan Eng menepuk bahu Zarul Ahmad, seolah-olah tanda ucapan terima kasih.

Projek terowong RM6.3 Bilion

Lim Guan Eng

Dalam keterangannya, Gnanaraja mendedahkan wujud perbincangan mengenai projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion, di mana Guan Eng didakwa meminta 10 peratus daripada keuntungan projek tersebut untuk dirinya.

Perbualan sulit itu berlangsung hampir sejam, membincangkan perjalanan kewangan serta pengeluaran projek.

Pertuduhan ke atas Lim Guan Eng

Mahkamah

Ahli Parlimen Bagan itu kini berdepan beberapa pertuduhan rasuah, antaranya

  • Menerima suapan wang tunai berjumlah RM3.3 juta bagi melantik syarikat Zarul Ahmad.
  • Meminta 10% keuntungan projek sebagai upah.
  • Didakwa menyebabkan tanah kerajaan negeri bernilai lebih RM208 juta dilupuskan kepada pemaju berkaitan projek terowong.

Pssttt! Wang dan kuasa sering jadi ujian besar dalam politik. Ketelusan dan integriti perlu jadi asas utama untuk memastikan amanah rakyat tidak tergadai.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top