Lukaku harapan Inter untuk layak

Milan: Inter Milan meletakkan harapan kepada penyerang berbisa, Romelu Lukaku untuk membantu mereka layak ke kelompok 16 terbaik bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah dalam pertemuan terakhir peringkat kumpulan dengan misi wajib menang menentang Shakhtar Donetsk.

Sebelum ini, Lukaku menjaringkan dua gol ketika kemenangan penting 3-2 ke atas Borussia Moenchengladbach.

“Saya tidak pernah bermain begini baik dalam hidup saya”, kata Lukaku selepas menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan Eropah musim ini.

Pada musim ini, setakat ini Lukaku sudah mencetak 12 gol dalam 13 perlawanan termasuklah terbaru gol pendahuluan ketika kemenangan 3-1 ke atas Bologna dalam Serie A.

Menurut pemain berusia 27 tahun itu lagi, ini adalah kali pertama dalam kariernya dia menjaringkan lebih daripada tujuh gol dalam 10 perlawanan pertama liga semusim.

Dengan kini berada di tangga tercorot Kumpulan B, Inter perlu menang di San Siro serta mengharapkan pertemuan Monchengladbach dan Real Madrid tidak berakhir dengan seri.

Untuk rekod, Inter Milan kali terakhir gagal meloloskan diri ke pusingan kalah mati dalam saingan itu adalah pada musim 2011/2012.

Sumber: BH

Akmal Hakim
Sports Desk

Leave a Comment