Lukisan Van Gogh tidak pernah dilihat dijual RM13 juta – Utusan Digital

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

PARIS: Satu daripada lukisan karya Vincent Van Gogh dijual lebih 13 juta euro (RM63.5 juta) dalam satu jualan lelong semalam.

Agensi lelongan, Sotheby’s memaklumkan lukisan berjudul ‘Street Scene in Montmartre’ itu dipamerkan kepada orang ramai buat pertama kali sejak dihasilkan pada 1887.

Lukisan itu pada mulanya dianggarkan dapat dilelong pada harga 5 hingga juta euro (RM24.4 juta hingga RM40 juta), namun melepasi sasaran yang dijangka.

Lukisan itu menggambarkan satu daripada kincir angin yang terdapat di Monmartre ketika ia masih sebuah perkampungan, selain imeh sepasang suami isteri dengan dua anak mereka bermain di hadapan pagar kayu.

Dalam pada itu, lukisan karya Camille Pissaro iaitu ‘La Recolte des pois’ dijual pada harga 3.38 juta euro (RM16.5 juta), manakala hasil seni Francis Picabia yang berjudul ‘La Corrida’ dijual 3.15 juta euro (RM15.4 juta). – AFP