Sempat masak nasi goreng & ‘promote’ susu, netizen tanya Neelofa nikah bila?

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Teka-teki pernikahan usahawan dan selebriti terkenal Noor Neelofa masih lagi menjadi perbicaraan netizen di media sosial. Mana tidaknya, ahli keluarga dan juga empunya badan masih lagi mengunci mulut perihal majlis yang sangat dinanti peminat.

Lebih membuatkan netizen tertanya-tanya adalah perkongsian Neelofa di Instagramnya apabila masih sempat memasak nasi goreng dan mengiklankan susu keluaran syarikatnya di IG story.

Neelofa juga ada memuat naik satu ciapan di Twitter pagi tadi dengan menyapa peminatnya dengan mengucapkan salam dan selamat pagi kepada semua.

Jadi, dengan perkongsian-perkongsian yang dibuat Neelofa, netizen semakin ternanti-nanti akan khabar gembira berkenaan pernikahannya dengan pendakwah muda, PU Riz.

 

Tarikh serta waktu Neelofa dan PU Riz bakal disatukan masih lagi belum dinyatakan secara jelas oleh pihak mereka.

Harap semua peminat dapat menanti ‘kejutan’ daripada Neelofa dan PU Riz dengan sabar.

Sumber: Twitter, Neelofa