MAFA umum hala tuju bola sepak Melaka

MAFA umum hala tuju bola sepak Melaka

Mohd Saiful. – Foto: FB MUSA

PERSATUAN Bola Sepak Melaka (MAFA) pada Isnin mengumumkan hala tuju badan induk bola sepak negeri itu dengan membentuk empat jawatankuasa yang diketuai empat naib presidennya.

Timbalan Presiden MAFA, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, setiap jawatankuasa itu akan dibantu dua Exco MAFA bagi menjalankan peranan setiap jawatankuasa berdasarkan keputusan pada mesyuarat eksekutif persatuan itu malam Ahad.

“Jawatankuasa Pembangunan dan Teknikal bakal dipengerusikan Datuk C Revindran dibantu oleh Ahmad Khairul Mohd Noor dan Mohd Fairuz Azwad Mohd Zauwawi manakala Jawatankuasa Pertandingan dan Kepengadilan dipengerusikan Datuk Khairi Anuar Ahmad dan dibantu Jezlee Pit dan Syahrul Nizam Shamsuddin.

“Selain itu Datuk Fadzil A Bakar yang juga Naib Presiden diberikan tanggungjawab mengetuai Jawatankuasa Keselamatan, Media dan Kelab Penyokong, dibantu Mohamad Azizi Shahril Abd Razak Khalim dan Melvin Tan Ching Yang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Scroll to Top