Mahu beli MPV jika diberi RM200,000? Norish Karman minta bertenang -“Saya hanya berangan”

Mahu beli MPV jika diberi RM200,000? Norish Karman minta bertenang -“Saya hanya berangan”

Pelakon Norish Karman menjelaskan kenyataannya sebelum ini berhubung hasrat memiliki kenderaan pelbagai guna (MPV) bernilai sekitar RM150,000 hanyalah sekadar angan-angan dan tidak wajar dijadikan isu berpanjangan.

Norish yang berasal dari Singapura berkata, setiap individu bebas untuk memasang impian dan perkara itu tidak seharusnya diperbesar atau dipandang negatif oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, kenyataan tersebut dibuat secara terbuka ketika sesi siaran langsung bersama usahawan Datuk Seri Aliff Shukri, kelmarin.

“Rilekslah, semua orang mesti ada angan-angan. Saya pun berangan sahaja, duit tidak ada pun,” katanya.

Dalam masa sama, Norish yang sudah 14 tahun bergelar ibu tunggal menegaskan keutamaan hidupnya kini tertumpu kepada anak-anak, termasuk lapan orang yang menjadi tanggungjawabnya.

Katanya, keinginan memiliki kenderaan lebih selesa bukan untuk kemewahan diri, sebaliknya demi keselesaan anak-anak yang sebelum ini menggunakan kenderaan serba kekurangan.

Artikel lain: “Alhamdulillah” -Respon ringkas anak Norish Karman dihina pemalas, muka tembok

Beliau turut berkongsi bahawa sepanjang kehidupannya, hampir segala pengorbanan dilakukan demi keluarga dan tidak lagi memikirkan kepentingan diri sendiri.

Tambah Norish, setiap impian perlu disertai doa dan usaha, selain percaya rezeki adalah ketentuan Allah SWT dan boleh datang dalam pelbagai cara tanpa dijangka.

Terdahulu, tular dakwaan di Threads mendakwa Norish berhasrat untuk membeli kereta dengan menggunakan wang berjumlah RM200,000 yang diberikan Aliff Syukri menerusi sebuah sesi siaran langsung sebelum ini.

Bagaimanapun, Aliff Syukri dan Norish tampil menafikan dakwaan terbabit menerusi sesi siaran langsung, malam tadi.

Scroll to Top