Main bola kena ‘tackle’ punca anak sulung Rita Rudaini patah tangan

Main bola kena ‘tackle’ punca anak sulung Rita Rudaini patah tangan

Pelakon Rita Rudaini akhirnya mendedahkan punca anak sulungnya, Airit Rayyan patah tangan sebelah kanan dalam sebuah insiden yang berlaku pada minggu lalu sebelum menerima rawatan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan.

Rita dalam hantaran baharu dimuat naik di laman Instagram memaklumkan ia berlaku disebabkan sebuah kemalangan ketika bermain bola sepak di sekolah.

Bagaimanapun, nasib malang menimpa anaknya apabila Rayyan kena ‘tackle’ ketika sedang bermain bola sepak.

“Main bola kena tackle (bentes), patah tangan. InsyaAllah boleh main lagi bukan patah kaki”ujarnya.

Pun begitu, pelakon drama Istidraj Cinta sempat berseloroh kepada anaknya dengan mengatakan dia masih lagi boleh bermain bola sepak dengan memetk nama saudara terdekat yang pernah mengalami kecederaan ketika bermain bola sepak.

“Mommy (Rita) cakap kat dia ‘Ryan…uncle Yus, uncel Gee, Pak Teh Amran, Pak Tam Jad main bola jatuh berguling kena tackel tapi tak ada patah tangan.
“Dia jawab ‘macam mana dorang buat?’ (Rita gelak) Tu nanti Ryan jumpa dan bertanyalah,”seloroh aktres berusia 37 tahun.

Dalam hantaran yang sama juga, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar berterima kasih kepada barisan perubatan yang membantu anaknya sepanjang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

“Terima kasih Dr Fairuz, doktor Pakar Bedah Ortopedik terbaik. Terima kasih kakak-kakak misi yang jaga Ryan, bersabar dengan dia yang payah makan ubat ontime sebab asyik tidur.
“Kakak-kakak dan abang-abang fisioterapi yag setiap minggu bantu Ryan,”luahnya.

Sementara itu, pelakon filem Mami Jarum itu sempat berseloroh lagi kepada Rayyan agar lekas sembuh agar dapat segera kembali ke sekolah dan bermain bola sepak.

“Cepat baik ya, nanti boleh pergi ke sekolah dan main bola lagi,”tulisnya.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebanggsaan, Aidil Zafuan pada 2008, namun mereka bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14, dan Airit Qaqa Arjuna, 12.

Sumber: Instagram @ridrud727