“Mak bapa kau selalu pukul kau kan?”- Ramai terkejut mangsa didera keluarga sendiri

Beberapa minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai seorang ibu yang menulis kronologi khianat yang dihadapi oleh anaknya yang baru berusia 14 tahun di sebuah sekolah berasrama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Pahang.

Pun begitu, kes tersebut dilaporkan tiada sebarang elemen gengsterisme yang wujud seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kommisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Terbaharu, tular ciapan oleh seorang pengguna platform Twitter dikenali Puan Sri Duttie yang mengatakan pelajar tersebut sebenarnya adalah pelaku sebenar disebalik kekecohan yang berlaku baru-baru ini.

Menerusi perkongsian itu, difahamkan ibu kepada mangsa yang dikenali  Nazrah Mohamed bertindak memadam akaun Facebook miliknya sendiri dan tindakan itu berkemungkinan tidak tahan malu dengan perbuatan sebenar anaknya.

Selain itu, ada warganet meluahkan kekecewaan apabila ibu mangsa tidak berkongsi sebuah gambar yang menunjukkan anak itu sebenarnya sering dipukul oleh ahli keluarganya sendiri di laman Facebook yang tular baru-baru ini.

“El, mak bapa kau selalu pukul kau kan? Dia  sayang kau ke? Kalau boleh diorang (ibu bapa) cekik kau sampai mampus.”

Hasil tinjuan di Facebook pula mendapati, gambar secebis kertas itu sebenarnya dikongsikan oleh salah seorang waris pelajar di sekolah berasrama tersebut.

Difahamkan nota itu tidak dimasukkan oleh ibu kepada mangsa merangkap pelaku dalam kes tersebut. Dalam pada itu, dia turut meluahkan simpati dan berharap agar pelajar perempuan terbabit diberikan pertolongan.

“Nota ni ibu tu tak masukkan sekali dalam kes anaknya. Anak ni memang sangat memerlukan pertolongan.”tulisnya di ruangan komen.

Malah, ada yang memberitahu ibu kepada pelajar terbabit telah membuang gambar mereka sekeluarga terutama ada anak perempuannya itu.

Meninjau di ruangan komen, ramai meluahkan rasa kasihan melihat nasib yang menimpa pelajar tersebut.

Sumber:  Twitter @seriovslydot @twt_melati, Facebook Siti Asam Pedas