Pantang ditegur, lelaki warga tempatan selamba gunting Jalur Gemilang akhirnya dicekup

Baru-baru tular sebuah video memaparkan tindakan berani seorang lelaki yang dilihat menggunting Jalur Gemilang dipacak di tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur.

Susulan itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan mereka telah berjaya mengenal pasti identiti pelaku vandalisme berkenaan dan membawanya ke IPD Dang Wangi menerusi hantaran di laman Facebook DBKL.

Dan hal ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dengan mengatakan pihak polis menerima satu laporan berhubung kejadian pada pukul 12 tengahari, hari ini.

Noor Dellhan Yahaya berkata,  lelaki berusia 41 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.37 tengah hari berdekatan bangunan MITEC Jalan Ampang.

Mengulas lanjut, Noor Dellhan Yahaya memberitahu lelaki warga tempatan yang juga seorang penggangur akan direman pada esok bagi siasatan selanjutnya dan pihak polis sedang menyiasat motif kejadian.

Dalam pada itu, pihak polis menasihati orang ramai agar menyalurkan maklumat dengan serta merta sekiranya terdapat aktiviti menyalahi undang-undang.

Sumber: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kosmo! (Muhd Afiq Al-Hafiz Mat Yusof), TikTok @iekakartika__