Makan karipap pakai sarung tangan, Jep Sepahtu mengaku ada OCD

Makan karipap pakai sarung tangan, Jep Sepahtu mengaku ada OCD

Pelawak terkenal dan juga penyampai radio Sinar FM, Jep Sepahtu rupanya mempunyai Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) apabila mengakuinya ketika ditanya oleh selebriti, Linda Onn.

Perkara tersebut dikongikan Linda sewaktu terkejut melihat Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin memegang sebiji karipap menggunakan sarung tangan plastik.

Menerusi kapsyen yang disertakan, Linda Onn mengatakan yang dia baru sahaja tahu dan Jep juga sempat berkongsi beberapa cerita yang pernah dia hadapi disebabkan gangguan tersebut.

Dalam pada itu, suami kepada selebriti cantik, Sari Yanti berkenaan turut menunjukkan satu kotak sarung tangan yang kerap dibawa di dalam begnya untuk dipakai jika berhadapan dengan situasi yang perlu dia gunakan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut mengalami masalah sama dan faham apa yang dilalui oleh pelawak itu.

Walau bagaimanapun, ada juga yang terhibur melihat reaksi Jep apabila ‘kantoi’ membawa sekotak sarung tangan di dalam beg termasuklah memakai sarung tangan sewaktu hendak menjamah kuih karipap.

Sumber: Instagram Linda Onn

Scroll to Top