Maksimumkan penjimatan dengan Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi

Maksimumkan penjimatan dengan Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi

MENGAKHIRI tahun 2022, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee tampil dengan pelbagai kejutan hebat sempena Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi. 

Tahun ini, Shopee komited membantu pengguna memaksimumkan penjimatan mereka dengan pelbagai tawaran barangan runcit, keperluan peribadi dan banyak lagi produk pada harga terbaik.

Justeru, bermula sekarang hingga 12 Disember ini, rakyat Malaysia boleh mendapatkan semua keperluan pada harga yang berpatutan melalui Shopee.

Satu tahun barangan runcit percuma dengan Prudential

Bagi mereka yang inginkan lebih penjimatan, jangan lepaskan peluang menjadi salah seorang daripada 12 pemenang bertuah membawa pulang barangan runcit percuma selama satu tahun bernilai RM12,000 setiap satu.

Kali ini, Shopee bekerjasama dengan Prudential demi menjaga kebajikan rakyat Malaysia di samping membantu orang ramai berjimat dengan lebih banyak untuk keperluan harian mereka.

Untuk merebut peluang hebat ini, pengguna hanya perlu membuat pesanan menerusi Kedai Rasmi Prudential di Shopee, main permainan Tap & Win setiap hari dan kumpulkan Tiket Emas.

Pengguna terpilih akan dihubungi dalam Shopee Live pada 22 dan 23 Disember, seterusnya mereka perlu menjawab satu soalan mudah untuk memenangi hadiah utama.

Shopee Mall

Sementara itu, bagi pengguna yang ingin mencari hadiah istimewa sebagai ganjaran untuk diri sendiri atau yang tersayang, kedai rasmi Shopee Mall menawarkan dengan pelbagai pilihan produk berjenama dijamin 100 peratus tulen.

Paling menarik, pengguna boleh menikmati Diskaun Jenama Harian seperti diskaun sehingga 30 peratus dan baucar jenama sehingga 30 peratus untuk pelbagai jenama kegemaran seperti Dibea, Habib dan Watsons. 

Ahli jenama juga berpeluang menikmati lebih banyak penjimatan serta ganjaran menggunakan Baucar Eksklusif Ahli dan dua kali Pengganda Mata yang ditawarkan secara eksklusif oleh 3M, Byford, La Roche Posay dan banyak lagi.

Selain itu, jangan lepaskan peluang mendapatkan set hadiah eksklusif menerusi Shopee Premium daripada jenama terkemuka seperti Elemis London, L’Occitane dan Pandora, serta nikmati tawaran Beli Satu, Percuma Satu Hadiah daripada Biotherm, IT Cosmetics, Kiehl’s dan banyak lagi.

ShopeeFood

Buat pecinta makanan, ini adalah peluang terbaik untuk memuaskan keinginan kerana ShopeeFood menawarkan pelbagai promosi menarik sempena Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi.

Selain tawaran Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum, pengguna juga dapat berjimat dengan tawaran Super Diskaun sehingga 50 peratus dan Jualan Kejutan RM12.

Semua ini boleh dinikmati daripada pelbagai pilihan peniaga termasuk Marrybrown, 4Fingers Crispy Chicken, KOI Bubble Tea, A&W, O’Brien’s Irish Sandwich Bar, Lim Fried Chicken, Old Town White Coffee, Salad Atelier, Coolblog, Tea Garden, Tiga Budak Gemok, Thong Kee Cafe dan banyak lagi.

Pemenang Shopee Super Awards

Lebih istimewa tahun ini, Shopee turut memperkenalkan Shopee Super Awards yang julung kali diadakan bagi mengiktiraf usaha, pertumbuhan dan pencapaian komuniti tempatan sepanjang tahun 2022. 

Saksikan Shopee Live pada 11 Disember jam 12 tengah hari untuk pengumuman eksklusif pusingan pertama bagi meraikan jenama, peniaga dan bakat kegemaran di Shopee. 

Lebih menyeronokkan, penonton juga berpeluang mengambil bahagian dalam permainan mini ketika acara dalam talian.

Keterujaan Shopee Super Awards diteruskan menerusi pengumuman besar pusingan kedua pada 15 Disember jam 7:30 malam di Shopee Live. 

Penonton juga berpeluang menyaksikan persembahan menarik dan lebih banyak acara bintang terbaik merentas kategori berbeza.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shopee Super Awards, layari https://shopee.com.my/m/shopeesuperawards2022.

Baucar eksklusif Shopee Live

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh meraikan akhir tahun ini dengan menerokai pelbagai peluang baharu menerusi acara menarik dan menyeronokkan di Shopee Live. 

Lebih banyak peluang untuk berjimat dengan baucar eksklusif Shopee Live yang boleh dikumpul dan digunakan menerusi mana-mana strim langsung antara 10 malam hingga 12 pagi setiap hari. 

Pengguna yang membuat pembelian di Shopee Live juga berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM7,000 sepanjang tempoh kempen 12.12.

Jangan lepaskan peluang!

Pada hari terakhir jualan mega, pastikan anda tidak terlepas untuk merebut semua tawaran eksklusif Hari Kemuncak termasuk Tawaran 12.12 Sahaja dengan diskaun sehingga 95 peratus, baucar Rebat Sekarang, Tawaran Kejutan RM12 dan banyak lagi.

Paling penting, pastikan anda segera menambah produk yang diinginkan ke dalam troli dan daftar keluar pada jam 12 tengah malam menerusi tawaran Midnight Madness.

Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi dikuasakan pelbagai jenama dan rakan kongsi terkemuka termasuk CIMB, Dr Cardin, Eucerin, Grafen, Jovian RTW, Maybank, Pop Mart, Signature Market, TREVO serta banyak lagi. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi, layari https:shopee.com.my/m/12-12.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

© New Straits Times Press (M) Bhd