Malaysia lakar kejutan tewaskan Switzerland

Malaysia lakar kejutan tewaskan Switzerland

POH: Malaysia melakar kejutan besar apabila mengalahkan pasukan pilihan, Switzerland 3-1 dalam Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Tuanku Zara di Stadium Indera Mulia di sini petang tadi.

Tumpas tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini, pemain Malaysia bangkit dengan aksi bertenaga untuk mengejutkan lawan lebih ternama itu.

Jangkaan Switzerland akan mudah melepasi Malaysia nyata meleset apabila segalanya tidak menjadi buat pasukan pilihan itu..

Malaysia membuka jaringan melalui Iren Hussin melalui jaringan padang pada minit kelima.

Jaringan itu menyentak pemain Switzerland yang bangkit memperbaiki permainan mereka.

Begitupun pemain Malaysia nyata tidak mahu menyerah mudah dengan mempertahan kubu mereka daripada cubaan lawan.

Iren mengukuhkan kedudukan Malaysia apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-28.

Switzerland bertindak mengeluarkan penjaga gol untuk menambah pemain padang dalam tindakan dikenali sebagai ‘power play’ dalam sukan ini.

Tindakan itu nyata memakan diri apabila Nor Isahhidun mudah menolak ke dalam gol tanpa penjaga gawang untuk gol ketiga Malaysia pada minit ke-38.

Tamara Trosch merapatkan jurang pada minit akhir tetapi ia nyata sudah terlambat untuk menyelamat Switzerland. – UTUSAN

 

Scroll to Top