Kuala Lumpur: Mamaway Malaysia, memperkenalkan inovasi pam susu boleh pakai pertama seumpamanya di Malaysia menerusi iLatch Wearable Breast Pump R3 Pro yang direka khusus bagi membantu ibu baharu melalui fasa awal penyusuan dengan lebih selesa dan praktikal.
Pelancaran produk itu dilihat sejajar dengan peningkatan kesedaran terhadap kepentingan sokongan penyusuan ibu, khususnya ketika fasa kolostrum yang sering menjadi cabaran kepada wanita selepas bersalin.
Kolostrum ialah susu peringkat awal yang kaya dengan nutrien dan antibodi penting untuk bayi, namun teksturnya yang lebih pekat berbanding susu matang menyebabkan proses pemerahan menjadi lebih sukar menggunakan kaedah biasa.
Peranti terbabit menggabungkan teknologi pemanasan terkawal bersama bio-gelombang inframerah jauh (FIR) bagi membantu pengeluaran susu secara lebih semula jadi tanpa bergantung sepenuhnya kepada sedutan tinggi.
Pendekatan itu membantu melembutkan susu yang lebih likat selain merangsang aliran dalam tisu payudara bagi meningkatkan keselesaan pengguna.
Pakar perunding farmasi dan kesihatan, Fontaine Fong Mei Ling berkata, pendekatan lebih lembut diperlukan dalam menguruskan fasa kolostrum berbanding peringkat penyusuan seterusnya.
Katanya, kolostrum mempunyai ciri fisiologi berbeza kerana teksturnya lebih likat dan memerlukan rangsangan yang sesuai untuk membantu pengeluaran susu secara efektif.
“Kolostrum adalah sumber imun yang sangat pekat, kaya dengan Immunoglobulin A (IgA) dan laktoferin yang bertindak sebagai perlindungan awal kepada bayi.
“Cabaran penyusuan dalam kalangan ibu baharu bukan sesuatu yang luar biasa dan kebanyakan situasi boleh diuruskan dengan sokongan serta penggunaan teknologi yang sesuai,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, inovasi seperti iLatch Wearable Breast Pump R3 Pro mampu membantu meningkatkan keselesaan ibu selain menyokong refleks pengeluaran susu dengan lebih baik.
Pam susu berkenaan juga boleh digunakan pada kedua-dua payudara secara serentak tanpa perlu dipegang selain membantu mengurangkan ketidakselesaan seperti bengkak susu dan saluran tersumbat.
Selain itu, sempena sambutan Hari Ibu, Mamaway turut menawarkan pakej promosi khas dikenali sebagai The Ultimate Hands-Free Duo yang merangkumi pam susu iLatch R3 Pro bersama tiga helai pakaian dalam wanita tanpa jahitan pada harga RM1,559.
© New Straits Times Press (M) Bhd




