Marissa Dania, Aslam Masih Suami Isteri – Peguam Syarie

Marissa Dania, Aslam Masih Suami Isteri – Peguam Syarie

Perbicaraan pengesahan lafaz cerai dan rujuk  pempengaruh kontroversi, Marissa Dania Hakim dan suaminya, Ahmad Aslam sudah pun selesai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi.

Memetik Harian Metro, peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri mewakili Aslam berkata perbicaraan lafaz cerai dan rujuk kedua-dua pihak berjalan lancar.

BACA: “Dia Minta Maaf Bagi Pihak Kakak” – Kakak Umisya Dedah Adik Marissa Pernah DM

“Alhamdulillah, perbicaraan selesai hari ini melibatkan kedua-dua isu iaitu lafaz cerai dan rujuk. Kedua-dua pihak sudah memberikan keterangan masing-masing dan proses berjalan dengan baik,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie itu berkata memaklumkan keputusan kes tidak dapat didedahkan buat masa ini dan akan diumumkan pada satu tarikh.

“Buat masa ini, keputusan belum boleh dikongsikan. Kita hanya boleh nyatakan perbicaraan sudah selesai dan keputusan akan ditentukan pada satu tarikh yang akan datang. Kita doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, peguam syari juga berkata status pasangan itu masih lagi suami isteri selagi mahkamah belum membuat keputusan.

“Selagi mahkamah belum putuskan apa-apa, status mereka kekal seperti sedia ada sehingga keputusan diumumkan nanti,” katanya.

Terdahulu, Aslam memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu. Aslam dilapor melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap Marissa sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.

Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April tahun lalu dan kembali rujuk dua bulan kemudian.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top