Masih ramai belum tahu manfaat buah kurma

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Lifestyle: Rugi buat sesiapa yang tidak suka makan buah kurma. Berikut dikongsikan 5 khasiat buah ini yang sangat berguna untuk tubuh badan manusia yang masih ramai belum tahu:

1. Kandungan nutrien yang inggi

Fizikal luaran kurma yang kecil dan berwarna gelap mungkin menjadi antara persoalan apakah khasiatnya.

Namun, jangan biarkan luaran memperdayakan anda kerana secara teorinya kurma mengandungi nutrien yang tinggi. Antaranya kalsium, serat, gula, zat besi serta vitamin.

2. Tenaga segera

Mana-mana individu yang menjalani rutin senaman yang memerlukan tenaga yang banyak dan cepat mungkin boleh menjadikan kurma sebagai ‘power bar’ yang baru.

Ia kerana kandungan gula semula jadi iaitu fructose, glucose, sucrose yang tinggi dalamnya mampu memberikan tenaga segera setelah letih bersenam.

3. Menyihatkan jantung

Jantung merupakan enjin dalam kehidupan manusia. Jadi, jantung penting dan perlu dijaga dengan rapi.

Sebagai pengetahuan, kurma mengandungi kandungan potasium yang tinggi lantas dapat membantu menurunkan kadar kolesterol yang menyumbang ke arah strok dan serangan jantung.

Caranya mudah iaitu rendamkan kurma semalaman. Kemudian, lecekkan pada waktu pagi dan makan.

4. Membantu mengurangkan sembelit

Pengambilan kurma secara berterusan juga mampu menghindarkan dan menyelesaikan mana-mana individu daripada masalah sembelit.

Umum mengetahui bahawa masalah sembelit sangatlah menyeksakan dan seterusnya boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih kronik iaitu buasir.

Justeru, pengambilan kurma yang kaya dengan serat amatlah baik bagi menyembuhkan dan mengelakkan masalah sembelit.

5. Diet sihat

Kurma juga mampu membantu dalam menjalani diet yang sihat. Bagi individu yang sedang berusaha menurunkan berat badan, mungkin kurma boleh dimasukkan kedalam senarai makanan mereka.

Ini kerana pengambilan kurma mampu mengenyangkan perut dengan cepat lantas membantu mengelakkan pemakanan yang banyak.

Caranya adalah dengan melecekkan kurma dan digaul dalam segelas susu rendah lemak. Campuran ini sudah cukup untuk membantu menurunkan berat badan.

Sumber: Sinar Harian

Akmal Hakim
Lifestyle Desk