Fakhrul UNIC selamat jalani pembedahan

Kuala Lumpur: Ahli kumpulan UNIC, Mohd Fakhrul Radhi selamat menjalani pembedahan sinus di sebuah pusat perubatan di Kelana Jaya kelmarin.

Fakhrul, 34 berkata bahawa dia mempunyai sinus teruk dan terdapat kahak dalam rongga hidung sehingga mengakibatkan hidungnya selalu tersumbat dan sukar bernafas.

“Saya sudah lama ada sinus, tapi sejak setahun lalu ia semakin teruk. Jadi, saya ambil keputusan untuk berjumpa doktor dan dinasihati menjalani pembedahan. Alhamdulillah, pembedahan semalam berjalan lancar”, katanya.

“Saya ada tengok pembedahan sinus dijalankan di YouTube. Agak ngeri juga. Mujurlah sewatu pembedahan pesakit diberi bius dan pengsan. Sedar saja semuanya sudah siap. Sekarang saya dalam proses sembuh. Cuma, semalam (kelmarin) hidung berdarah jadi doktor letakkan kain khas dalam hidung. Sejak semalam juga kena bernafas ikut mulut. Boleh lemas dibuatnya”, katanya.

Bagi membolehkannya bernafas seperti biasa, Fakhrul berharap agara lukanya cepat sihat dan kain dalam hidung atau ‘packing’ itu boleh dikeluarkan .

“Saya saja nak kongsi pada semua akan kebesaran Allah yang menciptakan kita. Syukur banyak-banyak Allah bagi kita bernafas. Doakan saya”, katanya lagi.

Sumber: HM

Akmal Hakim
Glamour Desk