Masih Sihat & Jelita, Ini Gambar Terbaru Anita Sarawak Bersama Suami

Masih Sihat & Jelita, Ini Gambar Terbaru Anita Sarawak Bersama Suami

Selepas 14 tahun menyepikan diri, foto terbaru penyanyi superstar Anita Sarawak bersama suaminya, Mahathir dapat mengubat rindu peminat.

Memetik BH Online, foto tersebut diperoleh daripada mantan editor hiburan dan penulis lirik yang kini perunding konsert, Roslen Fadzil.

Menurut Roslen, Anita kini menjalani kehidupan penuh privasi dan dikatakan sudah bersara serta menolak undangan mengadakan konsert.

“Demi mendapatkan Anita, saya meminta bantuan adik angkat Anita, bekas wartawan Shuib Taib untuk menghubungi Anita dan suaminya Abang Mahathir di Las Vegas dengan harapan mereka akan bersetuju.

“Sesudah Shuib berjaya menghubungi mereka, akhirnya kami mendapat jawapan daripada abang Mahathir melalui WhatsApp.

“Hi Shuib. Terima Kasih kerana sudi menghubungi. Apabila saya memaklumkan kepada Kak (Anita) tentang pemergian Adnan dulu, beliau merasa begitu sedih, terkenangkan waktu beliau yang pernah dikongsi bersama salah seorang produser terbaik sepanjang zaman (Adnan).

“Berhubung undangan persembahan itu, Kak ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas tanda ingatan terhadapnya.

“Bagaimanapun, seperti yang diketahui, beliau sudah pun bersara ke arah kehidupan yang berbeza, lebih privasi sekarang yang beliau sendiri lebih selesa. Jadi mohon sampaikan kemaafan kami kepada pihak penganjur dan kami amat menghargai segala tanda ingatan,” kongsi Roslen.


Scroll to Top