“Masuk Senyap-Senyap, Keluar Pun Senyap-Senyap”- Namron

“Masuk Senyap-Senyap, Keluar Pun Senyap-Senyap”- Namron

Pelakon versatile, Namron mencuri perhatian warganet selepas memuat naik kenyataan bersahaja di laman sosialnya mengenai kehadirannya ke Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, 55, meluahkan rasa tenang dan rendah diri apabila tidak terlalu menonjolkan dirinya sepanjang majlis berlangsung.

“Masuk senyap-senyap, keluar pun senyap-senyap.

“Last-last dalam beratus kalau pun tak beribu gambar yang diambil wakil penganjur hanya terselit sekeping foto ini,” katanya.

Walaupun tidak menjadi tumpuan utama lensa kamera pada malam berprestij itu, Namron tetap mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang sempat merakam gambarnya secara spontan.

“Apapun, terima kasih lah sebab sudi juga snap gambar kami secara candid,” tambahnya.

Tambah pelakon filem Crossroads: One Two Jaga itu, kehadirannya ke majlis berprestij tersebut bukanlah untuk meraikan diri sendiri, sebaliknya sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan seperjuangan dalam industri filem tempatan.

“Lagipun malam tadi, bukan untuk meraika kami tapi pada calon-calon dan penerima anugerah.

“Hadir pun hanya tanda sokongan jerih perih orang filem,” jelasnya.

Perkongsian aktor tersebut bagaimanapun menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang menyifatkan sikapnya sebagai contoh teladan seorang anak seni berjiwa besar dan merendah diri walaupun berstatus pelakon senior yang dihormati ramai.

Scroll to Top