Mata ganjaran berganda untuk pengguna Setel

Mata ganjaran berganda untuk pengguna Setel

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd (PDB) mengumumkan satu sistem yang membolehkan pelanggan mengutip mata ganjaran sehingga tiga kali ganda bagi pembelian setiap liter minyak menerusi aplikasi Setel mulai 1 April hingga 30 Jun 2021.

Sistem peningkatan baharu itu merangkumi tiga kategori iaitu ‘junior’, ‘explorer’ dan ‘hero’ bergantung kepada jumlah pembelian terbabit.

Pelanggan yang melakukan transaksi menerusi aplikasi Setel dalam tempoh berkenaan, akan meraih mata bonus Mesra masing-masing sebanyak 1.5 kali, dua kali dan tiga bagi setiap liter.

Ketua Perniagaan Runcit PDB, Khalil Muri, berkata usaha pendigitalan program kesetiaan Mesra itu membolehkan pelanggan dapat mengutip dan menebus mata ganjaran selain menjejaki mata yang diperoleh masing-masing dengan mudah menerusi aplikasi Setel atau di app.setel.my tanpa kad fizikal Mesra.

“Selain itu, kami akan turut memberi 10 kali mata Mesra kepada pengguna baharu Setel dalam tempoh promosi ini bagi menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunapakai penyelesaian digital kami,” katanya.

Menurut PDB, pengguna kali pertama perlu mendaftar bagi mendapatkan akaun Setel dan memasukkan kod promosi ‘c-tenx’ untuk layak meraih 10 mata Mesra bagi setiap RM1 dibelanjakan dalam aplikasi Setel meliputi tempoh 30 hari pertama selepas pendaftaran yang dihadkan kepada maksimum 800 mata.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top