Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan peneraju pasaran teknologi data, Fusionex telah melancarkan Platform Perdagangan Digital (MDTP) bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan.

Platform perdagangan MDTP yang menggunakan kuasa AI ini akan memaksimumkan potensi eksport Malaysia sekaligus mengembangkan perniagaan tempatan ke peringat global.
Dengan teknologi AI yang canggih dan terkini, ahli MDTP dapat mengenal pasti dan menjamin pencarian sumber yang dipercayai selaras dengan keperluan perniagaan mereka.
Platform baru ini akan memantau, menguruskan hasil eksport, analisis trend dan kempen pemasan jualan perniagaan.
Dengan kerjasama Fusionex Group, MATRADE akan memanfaatkan lebih 30 tahun kepakaran dalam perdagangan global yang memudahkan prosedur perdagangan yang kompleks, mengurangkan kos serta percepatkan pergerakan barangan.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz yang hadir merasmikan pelancaran tersebut
“MATRADE merupakan gerbang perdagangan global yang menawarkan rangkaian teknologi,alatan dan perkhidmatan bagi memudahkan proses perdagangan antarabangsa serta peniaga boleh menambah baik produk dan perkhidmatan untuk pasaran eksport.”

MDTP juga mengalukan banyak perniagaan Malaysia, dari syarikat besar sehinggalah kepada PKS, juga pembeli antarabangsa dari pelbagai negara termasuk China, Jepun, India dan banyak lagi.
Buat masa aini, MDTP mempunyai lebih 1,200 ahli yang berdaftar ke platform digital dan angka ini akan dijangka meningkat lagi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan, pihak mereka akan terus menyokong MATRADE dalam merialisasikan transformasi digital perdagangan dan memacu usaha ke arah globalisasi melalui MDTP.
“Kerjasama ini menonjolkan kekuatan perkongsian strategik dalam mempercepatkan dan meningkatkan perdagangan antarabangsa untuk perniagaan Malaysia.”




