Maut aktiviti terjun tali: Catatan terakhir mangsa tular

Maut aktiviti terjun tali: Catatan terakhir mangsa tular

BRASILIA – Hantaran terakhir seorang wanita muda yang maut ketika melakukan aktiviti terjun tali atau bungee jumping di Brazil menjadi tular di media sosial, sekali gus mengundang perhatian ramai terhadap tragedi yang meragut nyawanya.

Maria Eduarda Rodrigues de Freitas, 21, sempat memuat naik beberapa foto sebelum tragedi menggemparkan itu.

Tunangnya yang berada di lokasi itu turut mengalami kejutan emosi selepas dimaklumkan mengenai kematian Maria sehingga memerlukan rawatan perubatan.

Tunangnya yang berada di lokasi itu turut mengalami kejutan emosi selepas dimaklumkan mengenai kematian Maria sehingga memerlukan rawatan perubatan.

ARTIKEL BEKAITAN: Wanita maut selepas aktiviti terjun tali, pekerja lupa pasang tali keselamatan

Salah satu kapsyen yang menarik perhatian ramai adalah: ‘Siapa punya idea gila benarkan saya melakukan terjunan ini?’

Catatan tersebut kemudiannya tersebar di pelbagai platform media sosial selepas kemalangan ngeri itu berlaku.

Insiden itu berlaku di Jambatan Ponte do Esqueleto di Limeira, sebuah bandar di tenggara negeri Sao Paulo.

Insiden itu berlaku di Jambatan Ponte do Esqueleto di Limeira, sebuah bandar di tenggara negeri Sao Paulo.

Rakaman di lokasi kejadian turut memaparkan detik akhir sebelum mangsa didakwa dilepaskan dari platform pada ketinggian hampir 40 meter di Jambatan Skeleton di negeri Sao Paulo, tanpa sambungan tali keselamatan pada badannya.

Ia disusuli jeritan ‘tali, tali…tali’ oleh beberapa individu lain sejurus mangsa dilepaskan dari platform tersebut lalu terjunam ke dalam gaung.

Menurut pihak berkuasa tempatan, tali keselamatan yang sepatutnya menampung mangsa ketika terjunan tidak disambungkan pada badannya.

Maria maut selepas dilepaskan dari platform setinggi kira-kira 40 meter semasa aktiviti terjun tali tanpa dipasang tali keselamatan

Maria maut selepas dilepaskan dari platform setinggi kira-kira 40 meter semasa aktiviti terjun tali tanpa dipasang tali keselamatan

Tunangnya yang berada di lokasi itu turut mengalami kejutan emosi selepas dimaklumkan mengenai kematian Maria sehingga memerlukan rawatan perubatan.

Pihak berkuasa mengesahkan enam individu telah ditahan dan siasatan dilancarkan bagi menentukan sama ada pertuduhan jenayah boleh dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam penganjuran dan pengendalian aktiviti berkenaan.

Selain itu, siasatan juga memfokuskan kepada prosedur keselamatan, tanggungjawab kakitangan dan memastikan sama ada kesemua protokol yang ditetapkan dipatuhi sebelum terjunan dilakukan. – Agensi

 


Wanita maut selepas aktiviti terjun tali, pekerja lupa pasang tali keselamatan

SAO PAULO – Seorang wanita berusia 21 tahun maut di Brazil pada Sabtu selepas dilepaskan dari platform setinggi kira-kira 40 meter semasa aktiviti terjun tali tanpa dipasang tali keselamatan, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Insiden itu berlaku di Jambatan Ponte do Esqueleto di Limeira, sebuah bandar di tenggara negeri Sao Paulo.

Menurut pihak berkuasa, pengendali aktiviti gagal memasang peralatan keselamatan yang diperlukan bagi mengelakkan mangsa terhempas ke tanah.

Dua suspek cuba melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran selepas kejadian, namun berjaya dikesan menerusi operasi pencarian.

Dua suspek cuba melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran selepas kejadian, namun berjaya dikesan menerusi operasi pencarian.

Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan beberapa individu membawa mangsa ke lokasi terjunan. Beberapa saat selepas mangsa dilepaskan, jeritan cemas kedengaran apabila orang ramai menyedari tali keselamatan tidak dipasang.

Pihak berkuasa berkata, dua suspek cuba melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran selepas kejadian, namun berjaya dikesan menerusi operasi pencarian.

Secara keseluruhan, enam individu ditahan untuk disoal siasat polis.

Pasukan bomba dan perubatan kecemasan dikerahkan ke lokasi, namun wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – Bernama

 

Scroll to Top