Mbappe teruja lawan Ronaldo

Mbappe teruja lawan Ronaldo

Hamburg: Kylian Mbappe berkata menjadi satu penghormatan baginya untuk bermain menentang hero semasa zaman kanak-kanaknya, Cristiano Ronaldo apabila Perancis dan Portugal bertemu dalam suku akhir Euro 2024 di Hamburg, Sabtu ini.

“Ini adalah satu penghormatan. Semua orang tahu mengenai kekaguman saya terhadap Cristiano,” kata kapten Perancis berusia 25 tahun itu kepada pemberita.

Semasa membesar, Mbappe menghiasi dinding bilik tidurnya dengan gambar Ronaldo dan diperkenalkan kepada bintang Portugal itu di padang latihan Real Madrid ketika kelab Sepanyol itu cuba untuk menandatangani beliau semasa zaman remajanya.

“Saya sudah mengenali beliau dari masa ke masa. Kami masih berhubung. Beliau masih mengikuti perkembangan kerjaya saya,” kata Mbappe.

Ronaldo, yang kini berusia 39 tahun dan bermain untuk kelab bola sepak di Arab Saudi, mengakui Kejuaraan Eropah kali ini mungkin akan menjadi yang terakhir baginya sekali gus bermakna Mbappe berpeluang menyingkirkan idolanya daripada pertandingan ini buat kali terakhir.

“Ini adalah satu penghormatan tidak kira apa yang sudah berlaku sebelum ini atau akan berlaku pada masa depan,” tambah Mbappe, yang akan mengikuti jejak langkah Ronaldo dengan menyertai Real Madrid selepas kejuaraan di Jerman.

“Beliau tetap sebagai seorang legenda dalam permainan ini tetapi kami berharap dapat melakar kemenangan dan semakin hampir untuk melangkah ke pentas final,” katanya lagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top