Djokovic mandi peluh sebelum mara

Djokovic mandi peluh sebelum mara

London: Juara tujuh kali Wimbledon, Novak Djokovic terpaksa berhempas pulas menewaskan pemain bukan pilihan Britain, Jacob Fearnley sebelum mara ke pusingan ketiga buat kali ke-18.

Djokovic menang 6-3, 6-4, 5-7, 7-5 untuk menamatkan cabaran pemain nombor 277 dunia itu.

“Saya tidak pernah melihat dia bermain, jadi sentiasa ada unsur kejutan. Dia beraksi dengan baik.

“Saya agak bertuah pada set keempat. Saya boleh memenangi perlawanan dalam tiga set dan ia boleh menjadi lima set. Melihat cara dia bermain, saya lega ia tidak berlaku (beraksi di set kelima).

Djokovic yang berusia 37 tahun berjaya mengharungi dua set pertama di Centre Court menentang pemain yang melakukan penampilan sulung di Grand Slam minggu ini.

Djokovic bagaimanapun tewas di set ketiga sebelum terpaksa berhempas pulas untuk memenangi set keempat selepas Fearnley memberikan tentangan sengit.

“Saya tidak begitu selesa dengan kulit saya sendiri pada set ketiga dan keempat.

“Tetapi kadangkala anda mempunyai hari yang sukar apabila anda tidak berada di tahap terbaik. Ia tetap satu kemenangan dan saya menerimanya,” kata Djokovic.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top