am@hmetro.com.my
Melaka: Kerajaan negeri akan mengumumkan pelarasan gaji kepada lebih 4,000 penjawat awam Melaka pada Pembentangan Bajet Negeri 2025 pada November ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata setakat ini kerajaan negeri sedang berbincang dan meneliti beberapa perkara berkaitan pelarasan gaji berkenaan.
“Kita akan bentang (umum) masa (pembentangan) bajet ada November nanti,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
Beliau yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).
Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2.
© New Straits Times Press (M) Bhd