Di Shah Alam,Selangor, mayat seorang wanita telah ditemui terapung di dalam longkang besar berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya.
Menerusi laporan Sinar Harian, kejadian ini berlaku pada hari Jumaat yang lalu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya telah mendapat panggilan dari orang awam kira-kira jam 6.30 petang.
Si mati ketika dijumpai hanya berbaju dan berseluar dalam serta keadaan mayat berulat.
Pemeriksaan oleh pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ke atas badan si mati mendapati tiada kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan yang boleh menyebabkan kematian.
Tambahnya lagi, mayat akan dibedah siasat di Hospital Shah Alam bagi mengenal pasti punca kematian. Kematian ini juga telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).