am@hmetro.com.my
Shah Alam: Remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 20 di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan kehilangan remaja itu dibuat bapanya yang berusia 46 tahun pada 9.27 pagi, semalam.
“Mangsa adalah anak kedua daripada lima orang beradik, dipercayai keluar rumah pada petang Ahad dan punca dia meninggalkan rumah disebabkan teguran bapanya kerana terlalu leka bermain telefon, selain disekat akses internet,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, remaja itu berketinggian 158 centimeter dengan berat badan 53 kilogram dan berkulit sawo matang.
Katanya, ketika keluar rumah, dia memakai baju putih lengan panjang, seluar dan tudung berwarna hitam serta membawa beg sandang.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Nor Sabryna Mohammad Taha di talian 014-5130450,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




