MFL akan bincang dengan kelab keputusan FAM

MFL akan bincang dengan kelab keputusan FAM

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) bercadang mengadakan perbincangan dengan semua kelab Liga Super berhubung keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mewajibkan mereka menghantar pasukan bagi Piala Presiden dan Piala Belia bermula 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, tujuan perbincangan itu untuk melihat kemampuan kelab melaksanakan perkara berkenaan selain pemahaman mereka bahawa keputusan tersebut demi proses pembangunan pemain.

“Ia (wajib hantar pasukan bagi Piala Presiden dan Piala Belia) satu keputusan yang saya rasa bagus untuk pembangunan, tetapi satu perbincangan juga perlu ada bersama semua CEO pasukan untuk pastikan apa yang diumumkan oleh FAM boleh dilaksanakan di peringkat kelab.

“MFL juga mahu lihat pemahaman kelab mengenai keputusan FAM tempoh hari yang merupakan satu keputusan berasaskan pembangunan yang diperlukan daripada kelab profesional Liga Malaysia (Liga-M),” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Scroll to Top