MHC perlu RM2 juta harungi musim 2024 – Subahan

MHC perlu RM2 juta harungi musim 2024 – Subahan

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) memerlukan sekurang-kurangnya RM12 juta bagi menampung perbelanjaan dan melicinkan pengurusan persatuan dalam mengharungi musim 2024.

Presiden MHC Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pihaknya akan berusaha lebih gigih untuk mendapatkan dana demi memastikan segala perancangan badan induk itu dapat berjalan lancar untuk tempoh setahun.

“Kalau kita hendak jalankan program MHC dengan selesa, kita perlu sekurang-kurangnya RM12 juta setahun. Hoki perlu bayar gaji pemain dan perjalanan untuk menyertai kejohanan luar juga memakan modal.

“Dulu kita tiada hoki lima sebelah, sekarang ia sudah menjadi satu daripada acara dalam kalendar Persekutuan Hoki Antarabangsa. Hoki dalam dewan pun sama, jadi, kita memang perlu pendapatan lebih untuk MHC,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif MHC di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini pada Sabtu.